"you've got to look hard enough for the fun"
"Rules are made to be followed, but there are exceptions to all rules - and I am one of them!"
[Forrest Gump]
Friday, August 08, 2008
Monday, July 21, 2008
confrontation of calamity..
how to recover deleted picture from your hard drive?
do not lose sleep, just hit it off here..
Friday, June 06, 2008
buat pertama kali aku blog mengenai isu negara..
tak tau pasepa aku tertarik dengan petikan kata-kata di bawah berkenaan Oil Price yang aku baca di blog Dr. Che Det kita:
Dr. Che Det kata:
"A few days ago the Government decided to ban sale of petrol to foreign cars. It flipped. Now foreign cars can buy again. Flopped."
dan juga
Brandon Liew kata:
"Government always compare our oil prices with non-oil producing countries such as:
For example
Singapore: RM 5.00
Thailand : RM 4.00
how about compare Malaysia with the other oil producing countries just as we are:
UAE – RM1.19/litre
Eygpt – RM1.03/litre
Bahrain – RM0.87/litre
Qatar – RM0.68/litre
Kuwait – RM0.67/litre
Saudi Arabia – RM0.38/litre
Iran – RM0.35/litre
Nigeria – RM0.32/litre
Turkmenistan – RM0.25/litre
Venezuela – RM0.16/litre
MALAYSIA – RM2.70/litre"
aku tak reti sangat isu-isu besar ni tapi sdikit sbanyak aku paham serba sikit..
Thursday, April 17, 2008
TM-WMC Dzhabar bestow a K.O in 1st round..
sekarang aku nak sambung cerita lain lak tapi masih lagi pasai Muay Thai ni. pada 30 & 31 Mac yang lalu di Alor Star ni ada Cabaran Muay Thai Dunia TM-WMC Piala Di Raja Kedah. gila weh aku teruja. lama dah tak tengok secara langsung depan mata ni. masa kecik dulu ada la skali dua tengok. so aku pun pi. aku amik tempat di grand stand sebab aku tak larat nak dongak kepala lelama macam para penonton yang dok kat ring side. tempat dok aku tu dekat ja dengan ring. ada dalam 20+ meter ja kot. clean & clear punya view tapi dalam video aku tu nanti nampak jauh lak. apapun belek punya belek flyer rupanya si Dzhabar "Genghis Khan" Askerov pun mai lawan. mak aii syok tak terkira haha. so ni aku tayang kat hampa suma klip video perlawanan antara Dzhabar dari UAE dengan Yorknaroon Porvitaya dari Thailand. mintak maaf, kualiti video memang macam h---- sebab aku guna digital compact camera cap ayam aku ja.
perasan dak spinning heel kick dia?! mantap arr weh. terus pitam sat mamat Thai tu. kena K.O pusingan pertama tuh. sebelum tu mamat Thai ni dah telentang kena sauk si Dzhabar ni. ramai gak yang tak kenal si Dzhabar ni. kompom la ramai yang setuju sokong mamat Thai tu. sebut Tomoi kompom orang ingat Thailand ja kan. sayangnya aku telupa nak rakam dari awai sebab dok asyik syok teruja tambah dengan mulut dok jerit sana sini haha. kami para penonton hangin gak sebab cepat sangat perlawanan tamat. tak puas tengok skills dia lg. tapi nak buat camna kan, dah tamat haha.
Wednesday, February 27, 2008
highly recommended..
aku cukup suka mockumentary ini maka aku cadangkan ia buat sesiapa yang mahu cuba menonton sesuatu yang lain dari yang lain. baca ja tajuk akan terasa seperti sebuah filem murahan gred rendah tetapi nanti dulu kawan-kawan, jangan lekas menilai dan terpedaya haha. ia sebenarnya adalah sebuah mockumentary film-within-a-film-within-a-film. 3 dalam 1! anda fahamkah?! haha kreativiti tahap gaban oleh si pengarah, Zakk Penn yang mana dia juga adalah penulis serta pelakon dalam projek filem ini. anda tahu siapa Werner Herzog? kawan-kawan, aku jamin anda semua tidak akan terasa rugi menonton cerita ini. muat turun segera haha..
Friday, November 30, 2007
Tuesday, November 06, 2007
10 tahun sebelum merdeka..

Di sini aku ingin mengajak kawan-kawan semua menonton filem pendek ini yang mana ia boleh dimuat turun atau ditonton terus dari pelbagai laman web yang telah disenaraikan oleh Fahmi Reza di blognya. Namun jika kawan-kawan semua ada lebihan masa terluang, silalah pergi dan tonton sendiri filem pendek ini semasa Fahmi Reza membuat jelajah filemnya yang mana ia lebih memberangsangkan kerana sesudah tontonan filem tersebut, akan ada diskusi oleh Fahmi Reza sendiri dengan para hadirin.
Kalian tidak perlu menjadi pro atau anti kerajaan untuk menonton karya Fahmi Reza ini dan juga kalian tidak perlu berada dalam golongan atasan mahupun bawahan serta kalian tidak perlu termasuk dalam kategori peminat filem bebas atau genre filem tertentu sahaja untuk membolehkan kalian menonton filem pendek ini. Lapangkan minda. Anggaplah ia sebagai saluran maklumat baru untuk diri kita.
Sedikit pesanan dari aku:
**kalau boleh kawan-kawan semua buat sedikit ulang-kaji berkaitan sejarah tanahair sebelum menonton filem pendek ini (bukan seperti aku yang cetek ilmu).**tolong beri perhatian semasa menonton terutamanya semasa sesi diskusi. Kalau tidak pun jangan la membuat bising. Cakap-cakap halus kalian adalah seperti cakap-cakap sembang kedai mamak. Paham bukan. Selamat menonton.
Fahmi Reza ada menyatakan nanti akan ada karya filem terbarunya selepas ini. Aku berharap dia akan berjaya dalam segala usahanya..
Wednesday, October 31, 2007
Friday, October 05, 2007
aku tak berkenan..
tetapi ada admin yang berkenan so dari simpan ja foto ni dalam pc ada baik aku bagi kat dia. tapi yang aku sedikit teruja dia ada gak tapis foto-foto yang dah dalam kategori tak berkenan ni.
ok ni aku selit balasannya;"Hi there, sorry but we think this is not an image that should be deleted. Feel free to send in an other picture. Kind regards."
so aku hantar yang lain maka diterima. kawan-kawan juga pastinya ada foto-foto yang tak berkenan di hati kan tapi masih simpan dalam pc. aku jamin 101% dalam hal ni. so emailkan ja foto tersebut. apa salahnya setakat cuba menyertai komuniti baru. selamat..
Friday, September 07, 2007
Monday, July 23, 2007
Monday, May 28, 2007
Sunday, May 27, 2007
an unexpected pal..
at the moment, i am so contented. surprised as well.
there’s someone who well valued my stuff. yes. a blog of mine. moreover, what it seems so immense to me is that someone is not somebody that i’ve known. that someone is Trond Wathne Tveiten. he’s Danish or Norwegian or perhaps Swedish. that’s all i know due to insufficient language barrier.
yesterday whilst I was surfing right through Technorati, i found out that his blog link was in my blog reactions. therefore, i promptly stomped into his blog and luckily, there it was, my blog link just nicely place in his sidebar. what a big surprise.
i am no one who blogs on the subject of irrelevant photos even there is absolutely no great traffic here. million of blogs out there that are likely much better than mine, yet i am happy by way of the situation right now.
to you guys it must have been a no-big issue but to me, it’s kind of a big treaty.
heyy this is my life and this is my blog so i can jot down what ever I want right haha
Saturday, April 28, 2007
Wednesday, March 21, 2007
Friday, February 23, 2007
bagi ku karya ini sudah usang..
1994; kaset ini ku beli dan selamat dalam simpanan ku hinggalah sekarang. biarpun ku rasa ia sudah usang namun ia tetap menjadi pujaan halwa telinga ini..
Sunday, December 31, 2006
Tuesday, October 31, 2006
Sunday, October 01, 2006
Thursday, August 31, 2006
Saturday, July 29, 2006
Sunday, June 25, 2006
"lima perkataan di hujung jari menjalar lalu berakar membentuk sahabat di tapak tangan lantaran watak-watak yang sedar akan peranan masing-masing"
SDFJJ: Situs Digital Fhoto Jeritan Jiwa
Wednesday, May 24, 2006
Thursday, April 27, 2006
Monday, March 27, 2006
Tuesday, February 28, 2006
Friday, January 27, 2006

hijau - january 22, 06

resolusi II - december 5, 05

resolusi I - december 5, 05

eid - november 22, 05

mubaraq - october 13, 05

rahsia - october 1, 05

























